You are here

ms-MY Data Learn More

Primary tabs

PELAJARI LEBIH LANJUT TENTANG MAKLUMAT SENAMAN

Apakah itu Maklumat Senaman?

Nike menggunakan istilah "Maklumat Senaman" untuk merujuk kepada maklumat yang dihasilkan oleh Aplikasi kami mengenai aktiviti kecergasan anda yang digabungkan dengan ukuran ciri-ciri fizikal anda. Contoh-contoh data yang merupakan sebahagian daripada Maklumat Senaman anda termasuk lokasi, data meter pecutan, atau kadar degupan jantung anda yang dikumpul semasa anda bersenam. Maklumat Senaman juga boleh merangkumi ukuran-ukuran yang dikira dari data yang dirakam semasa anda melakukan senaman, sebagai contoh, jarak larian, kelajuan, dan anggaran kalori-kalori yang dibakar. Ketinggian, berat badan, dan kadar degupan jantung berehat ialah contoh-contoh Maklumat Senaman yang merupakan pengukuran yang tepat mengenai ciri-ciri fizikal anda dan bukannya aktiviti kecergasan anda. 

Oleh sebab sifat peribadi data ini, kami berusaha untuk memberikan anda maklumat yang jelas tentang bagaimana Maklumat Senaman akan digunakan. Oleh sebab data ini mungkin dianggap sensitif di negara-negara tertentu, kami mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam melindungi dan menggunakan data ini dan, di mana diperlukan oleh undang-undang yang terpakai atau bawah dasar-dasar dalaman Nike, akan mendapatkan persetujuan anda untuk penggunaan tersebut. 

Bagaimanakah Nike menggunakan Maklumat Senaman?

Nike mengumpul Maklumat Senaman daripada anda supaya kami dapat membantu anda mencapai matlamat-matlamat kecergasan anda apabila anda menggunakan aplikasi-aplikasi kecergasan kami, mengambil bahagian dalam acara-acara kami, dan apabila kami memberi anda produk atau perkhidmatan. 

Pembolehan Ciri-Ciri Teras Aplikasi dan Pengalaman

Aplikasi dan pengalaman kami sering memerlukan anda untuk membenarkan Nike untuk memproses Maklumat Senaman anda supaya anda boleh menggunakan ciri-ciri teras. Sebagai contoh, apabila menggunakan aplikasi Nike+ Running, Nike perlu mengakses data lokasi atau data pergerakan dan ketinggian anda (sekiranya anda sedang berlari di atas treadmill) supaya kami dapat mengukur jarak larian dan kelajuan anda. Apabila anda menyertai acara Nike, seperti perlumbaan, Nike akan mengumpul masa perlumbaan anda dan jarak perlumbaan. 

Nike juga mengekalkan sistem-sistem yang menyimpan Maklumat Senaman yang agregat  daripada anda dan orang lain supaya kami dapat menyampaikan aplikasi dan perkhidmatan kepada anda dan menyediakan laporan-laporan dalaman mengenai metrik-metrik seperti pendaftaran, penggunaan, dan populariti. Di sesetengah negara, kami akan mendapatkan persetujuan afirmatif yang nyata daripada anda untuk memproses Maklumat Senaman anda untuk menyediakan ciri-ciri teras aplikasi atau pengalaman ini. Di negara-negara ini, sekiranya anda tidak bersetuju dengan pemprosesan yang diperlukan, anda tidak akan dapat menggunakan pengalaman tersebut. 

Ketinggian dan Berat Badan Yang Ditetapkan

Sesetengah aplikasi dan pengalaman memerlukan ketinggian dan berat badan untuk membolehkan ciri-ciri teras, sebagai contoh, pengiraan jarak atau kalori. Sekiranya anda tidak mahu memberikan ketinggian dan berat badan sebenar anda, Nike akan menggunakan nilai yang ditetapkan. Ini membolehkan Nike untuk menyediakan ciri-ciri teras aplikasi, sambil memberi anda kawalan yang lebih besar terhadap apa yang anda kongsi dengan kami. Sekiranya anda menggunakan nilai yang ditetapkan, sesetengah pengukuran dalam aplikasi dan pengalaman mungkin kurang tepat berbanding dengan jika anda memberikan ukuran-ukuran yang tepat. 

Pembolehan Pemperibadian dan Analisis Berdasarkan Maklumat Senaman

Nike juga menawarkan banyak ciri-ciri inovatif pilihan yang menggunakan analisis Maklumat Senaman individu dan agregat supaya kami boleh memperibadikan pengalaman anda. 

Sebagai contoh, kami boleh menganalisis Maklumat Senaman anda untuk menyediakan pelan latihan khusus yang berubah seiring dengan kemajuan anda. Dengan menganalisis senaman terkini dan terdahulu anda, kami boleh mengesyorkan program yang terbaik untuk tahap aktiviti dan matlamat semasa anda. Kami juga akan membandingkan aktiviti anda dengan berjuta-juta aktiviti atlet yang lain supaya kami dapat terus menambahbaik program kami dan menyampaikan cadangan yang terbaik kepada anda. 

Nike juga boleh memperibadikan undangan ke acara atau cadangan produk berdasarkan Maklumat Senaman anda. Sebagai contoh, anda mungkin terpilih untuk menerima jemputan ke kelab larian, kelab latihan, atau perlumbaan berdasarkan prestasi anda dan Maklumat Senaman yang dirakam dalam aplikasi atau pengalaman kami. Anda mungkin menerima diskaun untuk sepasang kasut baru dalam meraikan kejayaan dalam aplikasi, atau cadangan untuk gaya kasut yang disukai oleh pelari yang lain yang mempunyai corak larian yang serupa. Sekiranya anda mungkin memilih untuk tidak menggunakan ciri pemperibadian ini, atau anda tidak mahu Maklumat Senaman anda dimasukkan ke dalam penyelidikan pemperibadian aggregat kami, anda boleh mengawal keutamaan ini dengan menggunakan tetapan "Maklumat Senaman Saya". 

Sekiranya anda membenarkan Nike untuk menggunakan Maklumat Senaman anda untuk tujuan pemperibadian ini, Maklumat Senaman anda juga akan disertakan dengan maklumat agregat yang dikongsi dengan orang lain melalui aplikasi. Jadi, sebagai contoh jarak perjalanan anda akan dimasukkan dalam jumlah agregat untuk semua pengguna aplikasi Nike + Running, atau Maklumat Senaman anda akan dimasukkan dalam sebarang penanda aras prestasi agregat (termasuk yang berdasarkan kepada segmen pengguna) yang ditunjukkan dalam aplikasi atau pengalaman. 

Keutamaan Pemasaran Langsung Masih Dihormati

Tanpa mengira tetapan "Maklumat Senaman Saya" anda, Nike akan menghormati keutamaan anda yang sedia ada tentang bagaimana kami harus berkomunikasi dengan anda untuk pemasaran langsung. Sekiranya anda telah memilih untuk menerima e-mel pemasaran, anda akan terus menerima e-mel, jika anda telah memilih keluar daripada penerimaan e-mel pemasaran, penukaran tetapan Maklumat Senaman anda tidak akan mendaftarkan anda untuk sebarang program e-mel yang baru. 

Tetapan ini mengawal sama ada Maklumat Senaman anda akan dianalisis untuk memperibadikan kandungan, program latihan, tawaran, dan cadangan. Ini tidak memberi kesan kepada pilihan anda yang berasingan tentang sama ada Nike harus menghantar e-mel atau teks kepada anda. 

Penyambungan Peranti Pihak Ketiga

Produk dan perkhidmatan digital Nike juga menyokong penyambungan peranti pihak ketiga yang boleh merakam Maklumat Senaman. Apabila anda sambung kepada peranti pihak ketiga, seperti jam tangan untuk larian atau monitor kadar jantung, kepada perkhidmatan Nike, dan membuat larasan kepada peranti tersebut untuk menyambung dengan Nike, anda bersetuju untuk memindahkan Maklumat Senaman daripada peranti tersebut ke platform Nike. Setelah disimpan di dalam platform Nike, Nike akan memperlakukan data yang berasal dari peranti-peranti ini sebagai Maklumat Senaman.

Agreement Type: 
Locales: 
UxIDs: 

User login