You are here

ms-MY Employee Privacy Policy

Primary tabs

NIKE GLOBAL EMPLOYEE PRIVACY POLICY

DASAR PRIVASI PEKERJA GLOBAL NIKE

Date: January 2019

Tarikh: Januari 2019

Nike collects and processes the Personal Information that you provide to us as part of our employee on-boarding process. We also collect and process additional types of Personal Information about you throughout your employment with Nike to administer our human resources program, to comply with employment contracts and applicable law in the field of employment, social security, workplace health and safety, and to manage your participation in voluntary employee programs.

Nike mengumpul dan memproses Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada kami sebagai sebahagian daripada proses orientasi pekerja kami. Kami juga mengumpul dan memproses jenis Maklumat Peribadi tambahan mengenai anda sepanjang pekerjaan anda dengan Nike untuk mentadbir program sumber manusia kami, untuk mematuhi kontrak pekerjaan dan undang-undang yang terpakai dalam bidang pekerjaan, keselamatan sosial, kesihatan dan keselamatan tempat kerja, dan menguruskan penyertaan anda dalam program pekerja sukarela.

Your Personal Information may be stored in Nike’s databases in the United States and may be processed by third party service providers acting on Nike’s behalf.  If you would like to access, delete, correct your Personal Information, or exercise any other rights you may have under this Policy, please contact directly your local HR manager.  You may also contact Nike’s Privacy Office or Data Protection Officer by emailing privacy.office@nike.com.

Maklumat Peribadi anda mungkin disimpan dalam pangkalan data Nike di Amerika Syarikat dan boleh diproses oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang bertindak bagi pihak Nike.  Jika anda ingin mengakses, memadam, membetulkan Maklumat Peribadi anda, atau menjalankan apa-apa hak lain yang anda miliki di bawah Dasar ini, sila berhubung terus dengan pengurus Sumber Manusia tempatan anda.  Anda juga boleh menghubungi Pejabat Privasi atau Pegawai Perlindungan Data Nike melalui e-mel di privacy.office@nike.com.

Introduction and Scope

Pengenalan dan Skop

Nike Inc., Converse Inc., their affiliates, including your employer (collectively “Nike”, “we”, “our”) respect your privacy.  We are committed to processing the Personal Information of our employees in compliance with applicable law and Nike’s policies. For the purpose of this Policy, “Personal Information” means any information relating to an identified or identifiable natural person.
Nike Inc., Converse Inc., sekutu mereka, termasuk majikan anda (secara kolektif "Nike", "kami", "kita") menghormati privasi anda.  Kami komited untuk memproses Maklumat Peribadi pekerja kami dengan mematuhi undang-undang dan dasar Nike yang berkenaan. Untuk tujuan Dasar ini, "Maklumat Peribadi" bermaksud apa-apa maklumat yang berhubungan dengan orang sebenar yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti.

This Employee Privacy Policy (“Policy”) describes the types of Personal Information we collect and process about our employees, how we use the Personal Information, with whom we share it, how long we keep it, and your rights in relation to your Personal Information. This Policy also describes the measures we take to safeguard the Personal Information and how employees can contact us about our privacy practices and in case of questions. The entity responsible for the collection and processing of your Personal Information is your employer of record. You can access the full details of your employer by checking your employment contract or by reaching out to HRDirect.
Dasar Privasi Pekerja ini ("Dasar") menerangkan jenis-jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpul dan proses mengenai pekerja kami, cara kami menggunakan Maklumat Peribadi tersebut, dengan siapa kami berkongsinya, berapa lama kami menyimpannya, dan hak anda berhubung dengan Maklumat Peribadi anda. Dasar ini juga menerangkan langkah-langkah yang kami ambil untuk melindungi Maklumat Peribadi dan cara pekerja boleh menghubungi kami tentang amalan privasi kami dan sekiranya terdapat sebarang soalan. Entiti yang bertanggungjawab untuk pengumpulan dan pemprosesan Maklumat Peribadi anda adalah majikan anda dalam rekod. Anda boleh mengakses butiran penuh majikan anda dengan menyemak kontrak pekerjaan anda atau dengan menghubungi HRDirect.

This Policy applies to current and former employees and interns of Nike (collectively “employees”).  If you are an External Temporary Worker (“ETW”) or an independent contractor providing services to Nike, please contact your direct employer to inquire about their data protection practices.
Dasar ini terpakai kepada pekerja semasa dan bekas pekerja Nike (secara kolektif "pekerja").  Sekiranya anda seorang Pekerja Sementara Luar ("ETW") atau kontraktor bebas yang menyediakan perkhidmatan kepada Nike, sila hubungi majikan langsung anda untuk bertanya mengenai amalan perlindungan data mereka.

Nike may provide additional privacy or data protection notices and policies to employees in specific functions, as appropriate. Nike may also provide additional privacy or data protection policies in jurisdictions where this is required for compliance with local law.
Nike boleh memberikan notis dan dasar privasi atau perlindungan data tambahan kepada pekerja dalam fungsi-fungsi tertentu, sebagaimana yang bersesuaian. Nike juga boleh menyediakan dasar privasi atau perlindungan data tambahan dalam bidang kuasa ia diperlukan untuk mematuhi undang-undang tempatan.

This Policy applies in addition to all other corporate policies of Nike, including Nike’s Code of Ethics (“Inside the Lines”), Electronic Communications Policy, Social Media Policy and Applicant Privacy Policy, available on Zero.
Dasar ini terpakai sebagai tambahan kepada semua dasar korporat Nike yang lain, termasuk Kod Etika (“Inside the Lines”), Dasar Komunikasi Elektronik, Dasar Media Sosial dan Dasar Privasi Pemohon Nike yang boleh didapati di Zero.

Types of Personal Information We Collect and How We Use It

Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul dan Cara Kami Menggunakannya

We collect and process Personal Information about you as far as necessary to manage the terms of your employment agreement and to comply with legal obligations to which we are subject. This includes Nike’s legal defense and compliance with tax, finance, labor and social security laws, or laws and orders requiring the disclosure of data to competent authorities in accordance with applicable law or court order. We also process your Personal Information to pursue the legitimate business interests of Nike. When processing Personal Information for our legitimate interests, we take appropriate measures to ensure that the interests we pursue are balanced with your interests, rights and freedoms, which we are happy to explain to you upon request. We use manual or automated methods to process your Personal Information.

Kami mengumpul dan memproses Maklumat Peribadi mengenai anda setakat yang perlu untuk menguruskan terma perjanjian pekerjaan anda dan untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang tertakluk kepada kami. Ini termasuk pembelaan undang-undang Nike dan pematuhan terhadap undang-undang cukai, kewangan, buruh dan keselamatan sosial, atau undang-undang dan perintah yang memerlukan pendedahan data kepada pihak berkuasa berwibawa mengikut undang-undang atau perintah mahkamah yang berkenaan. Kami juga memproses Maklumat Peribadi anda untuk menjalankan kepentingan perniagaan Nike yang sah. Apabila memproses Maklumat Peribadi untuk kepentingan sah kami, kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa kepentingan yang kami jalankan adalah seimbang dengan kepentingan, hak dan kebebasan anda, kami berasa gembira untuk menjelaskan perkara ini kepada anda jika anda memintanya. Kami menggunakan kaedah manual atau automatik untuk memproses Maklumat Peribadi anda.

Onboarding– We collect and process your Personal Information through the onboarding process to set up and administer your employment relationship and to comply with the legal obligations to which we are subject. This includes:

Orientasi – Kami mengumpul dan memproses Maklumat Peribadi anda melalui proses orientasi untuk menubuhkan dan mentadbir hubungan pekerjaan anda dan untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang tertakluk kepada kami. Ini termasuk:

  • the information that you provided to us during the recruitment process, including your resume or curriculum vitae, application form, work history, education, degrees, academic records, languages and qualifications, references and any professional licenses, memberships, or certifications;
  • maklumat yang anda berikan kepada kami semasa proses pengambilan, termasuk resume atau vitae kurikulum, borang permohonan, sejarah pekerjaan, pendidikan, ijazah, rekod akademik, bahasa dan kelayakan, rujukan dan sebarang lesen profesional, keahlian, atau pensijilan anda;
  • your basic contact information, including your name, address, telephone numbers (home, mobile/cell, work), email address, citizenship/nationality, date and place of birth, gender, work permit information if applicable;
  • maklumat perhubungan asas anda, termasuk nama, alamat, nombor telefon (rumah, mudah alih/sel, kerja), alamat e-mel, kewarganegaraan/kerakyatan, tarikh dan tempat lahir, jantina, maklumat permit kerja anda jika berkenaan;
  • your government issued identifiers subject to the conditions of applicable law, such as your national ID details, tax identification number, social security or national insurance number, passport number, and, where required for your job, your driver’s license number;
  • engenalan dikeluarkan oleh kerajaan anda yang tertakluk kepada syarat-syarat undang-undang berkenaan, seperti butiran ID nasional anda, nombor pengenalan cukai, nombor keselamatan sosial atau insurans nasional, nombor pasport, dan jika diperlukan untuk pekerjaan anda, nombor lesen memandu anda;
  • your bank and financial details for salary/payroll purposes, such as your salary, other remuneration, your IBAN number or bank account number, bank name and details;
  • butiran bank dan kewangan anda untuk tujuan gaji/daftar gaji, seperti gaji, imbuhan lain, nombor IBAN atau nombor akaun bank anda, nama dan butiran bank;
  • information about your job and position, including the employee identification number, badge number, job title and description, department and manager, reporting lines, work location, cost center, business unit or group, work status such as full time or part time, working hours, probation period if applicable, and employment contract terms;
  • maklumat tentang pekerjaan dan jawatan anda, termasuk nombor pengenalan pekerja, nombor lencana, nama jawatan dan keterangan pekerjaan, jabatan dan pengurus, garis pelaporan, lokasi kerja, pusat kos, unit atau kumpulan perniagaan, status pekerjaan seperti sepenuh masa atau sambilan, waktu bekerja, tempoh percubaan jika berkenaan, dan terma kontrak pekerjaan;
  • information for use of company network and devices if applicable, such as username, password, contact details, work telephone number and device data (computer, telephone, tablet ID number), company photo, if provided; and
  • maklumat untuk penggunaan rangkaian dan peranti syarikat jika berkenaan, seperti nama pengguna, kata laluan, butiran perhubungan, nombor telefon kerja dan data peranti (komputer, telefon, nombor ID tablet), foto syarikat, jika disediakan; dan
  • information about your personal or family life, including marital status, dependents, beneficiaries and partner/spouse, and emergency contact information.
  • maklumat tentang kehidupan peribadi atau keluarga anda, termasuk status perkahwinan, tanggungan, penerima manfaat dan pasangan suami/isteri, dan maklumat perhubungan kecemasan.
  • We may maintain the information we collect when we conduct pre-employment verification of your identity, address, or references and, where permitted by local law, the verification of background checks (including criminal or judicial data) about you, in accordance with Nike’s Background Checks Policy.
  • Kami mungkin mengekalkan maklumat identiti, alamat, atau rujukan anda yang kami kumpulkan apabila kami menjalankan pengesahan pra-pekerjaan, dan jika dibenarkan oleh undang-undang tempatan, pengesahan pemeriksaan latar belakang (termasuk data jenayah atau kehakiman) tentang diri anda, selaras dengan Dasar Pemeriksaan Latar Belakang Nike.

Human resources management – Furthermore, we collect Personal Information that is generated during your employment as this is necessary for the performance of your contract and to help manage your working relationship with Nike. This includes

Pengurusan sumber manusia – Selain itu, kami mengumpul Maklumat Peribadi yang dihasilkan semasa pekerjaan anda kerana ini perlu untuk prestasi kontrak anda dan untuk membantu menguruskan hubungan kerja anda dengan Nike. Ini termasuk

  • information about your working hours and leaves, including attendance, holiday/vacation, leaves or absences, travel and mobility;
  • maklumat mengenai waktu bekerja dan bercuti anda, termasuk kehadiran, percutian, cuti rehat atau ketidakhadiran, perjalanan dan mobiliti;
  • economic and financial information for compensation and benefits, including your banking and account details for remuneration and compensation, information on raises and bonuses, your benefits package and information and details associated with pensions or insurance programs that may be offered in your country;
  • maklumat ekonomi dan kewangan untuk pampasan dan faedah, termasuk butiran perbankan dan akaun anda untuk imbuhan dan pampasan, maklumat mengenai kenaikan dan bonus, pakej manfaat anda serta maklumat dan butiran yang berkaitan dengan pencen atau program insurans yang mungkin ditawarkan di negara anda;
  • information related to your work evaluations and performance, including regular evaluation details, reviews and feedback, details about performance plans, and information associated with professional development such as trainings (both internal and external), courses, seminars and conferences, and succession planning information;
  • maklumat yang berkaitan dengan penilaian dan prestasi kerja anda, termasuk butiran penilaian berkala, ulasan dan maklum balas, butiran mengenai rancangan prestasi, dan maklumat berkaitan pembangunan profesional seperti latihan (dalaman dan luaran), kursus, seminar dan persidangan, serta maklumat perancangan penggantian;
  • information collected for travel and expense purposes, such as credit card, bank details (account number, IBAN, etc.), booking and itinerary details, passport information (number, expiration, issuing authority, etc.) and visa and immigration information, and travel preferences (seat preference, dietary restrictions, frequent flyer and corporate memberships, if provided);
  • maklumat yang dikumpul untuk tujuan perjalanan dan perbelanjaan, seperti kad kredit, butiran bank (nombor akaun, IBAN, dsb.), butiran tempahan dan jadual perjalanan, maklumat pasport (nombor, tamat tempoh, pihak berkuasa pengeluar, dsb.) dan maklumat visa dan imigresen, dan pilihan perjalanan (keutamaan kerusi, sekatan diet, frequent flyer dan keahlian korporat, jika disediakan);
  • information associated with mobility, transfers and relocation (either upon hiring or as part of a transfer or work assignment), including family details, immigration status and nationality/citizenship, tax and social security information, etc. and
  • maklumat yang berkaitan dengan mobiliti, pemindahan dan penempatan semula (sama ada selepas pengambilan atau sebagai sebahagian daripada pemindahan atau tugasan kerja), termasuk butiran keluarga, status imigresen dan kewarganegaraan/kerakyatan, maklumat cukai dan keselamatan sosial, dsb. dan
  • information about your participation and the administration of the Nike Inc. Employee Stock Purchase Plan (ESPP – which is a voluntary incentive program, please also see paragraph2.6) and bonus grants, including your contact information, national tax information (including national identifier), nationality, job title, shares and position, details of purchases and entitlements to shares awarded, cancelled, exercised, (un)vested or outstanding for implementing, administering and managing the ESPP.
  • maklumat tentang penyertaan anda dan pentadbiran Rancangan Pembelian Saham Pekerja Nike Inc. (ESPP – merupakan program insentif sukarela, sila lihat juga perenggan 2.6) dan ganjaran bonus, termasuk maklumat perhubungan anda, maklumat cukai nasional (termasuk pengenalan nasional), kewarganegaraan, nama jawatan, saham dan posisi, butiran pembelian dan hak kepada saham yang diberikan, dibatalkan, digunakan, diberi hak atau berbaki untuk melaksanakan, mentadbir dan menguruskan ESPP.

Safety and Security

Keselamatan dan Perlindungan

  • Our facilities use CCTV for employee safety, security and other legitimate business purposes (for example, loss prevention).  The facilities that use CCTV display visible signage and we make available additional information about these practices where this is required by applicable law. We therefore may need to use camera footage or recordings in those facilities to protect the legitimate interests or to defend the legal rights of Nike as permitted by applicable law.
  • Kemudahan kami menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan pekerja, perlindungan dan tujuan perniagaan sah yang lain (contohnya pencegahan kerugian).  Kemudahan yang menggunakan CCTV memaparkan papan tanda yang boleh dilihat dan kami menyediakan maklumat tambahan mengenai amalan ini seperti yang diperlukan oleh undang-undang berkenaan. Oleh itu, kami mungkin perlu menggunakan rakaman kamera atau rakaman dalam kemudahan tersebut untuk melindungi kepentingan yang sah atau untuk mempertahankan hak undang-undang Nike sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan.
  • We also process Personal Information associated with the protection of employee health and safety in workplaces, including contact details and Personal Information (such as driver’s license details) and a description of accident or injury and any remediation.
  • Kami juga memproses Maklumat Peribadi yang berkaitan dengan perlindungan kesihatan dan keselamatan pekerja di tempat kerja, termasuk butiran perhubungan dan Maklumat Peribadi (seperti butir-butir lesen memandu) dan keterangan tentang kemalangan atau kecederaan dan apa-apa pemulihan.
  • Additionally, we process information about your use of Nike devices, technology and network to pursue our legitimate interest in securing our information and information systems.  More information about these practices is described in Nike’s Electronic Communications Policy.
  • Di samping itu, kami memproses maklumat mengenai penggunaan peranti, teknologi dan rangkaian Nike oleh anda untuk meneruskan kepentingan sah kami bagi melindungi maklumat dan sistem maklumat kami.  Maklumat lanjut tentang amalan ini diterangkan dalam Dasar Komunikasi Elektronik Nike.
  • In exceptional cases, we may need to process your Personal Information if it is necessary to protect your vital interests such as in case an accident happens at work or during work business travel.
  • Dalam kes-kes yang luar biasa, kami mungkin perlu memproses Maklumat Peribadi anda jika perlu bagi melindungi kepentingan anda seperti sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja atau semasa perjalanan perniagaan kerja.

Offboarding – We collect and process Personal Information during offboarding to finalize the employment relationship and to comply with our legal obligations. This includes information associated with retirement and termination, such as details of retirement, resignation, layoffs/reorganization, including notice period, termination date, reason for leaving and termination, retirement, and pension administration arrangements.

Offboarding – Kami mengumpul dan memproses Maklumat Peribadi semasa offboarding untuk memuktamadkan hubungan pekerjaan dan mematuhi kewajipan undang-undang kami. Ini termasuk maklumat yang berkaitan dengan persaraan dan penamatan pekerjaan, seperti butiran persaraan, peletakan jawatan, pemberhentian/penyusunan semula organisasi, termasuk tempoh notis, tarikh penamatan pekerjaan, sebab untuk meninggalkan dan penamatan pekerjaan, persaraan, dan pengaturan pentadbiran pencen.

Voluntary Programs - From time to time, we may offer voluntary employee programs that process Personal Information in which you may freely agree to participate.

Program Sukarela - Dari semasa ke semasa, kami mungkin menawarkan program pekerja sukarela yang memproses Maklumat Peribadi, anda boleh bersetuju untuk mengambil bahagian secara bebas dalam program ini.

Sensitive data processing – During onboarding and throughout your employment relationship, we may collect sensitive Personal Information subject to the conditions of applicable law. For example, you may need to provide us or our company doctor with medical information to allow us to manage illness, incapacity, or disability issues. In some countries, you may provide us voluntarily with your race, ethnicity, religion or sexual orientation for diversity and equal opportunities purposes and where required or permitted by law. We also may be required to collect sensitive data to comply with our legal requirements in the field of employment, social security and social protection law (e.g., wage liens, tax or social security number).

Pemprosesan data sensitif – Semasa orientasi dan sepanjang hubungan pekerjaan anda, kami boleh mengumpul Maklumat Peribadi sensitif yang tertakluk kepada syarat-syarat undang-undang yang berkenaan. Sebagai contoh, anda mungkin perlu memberi maklumat perubatan kepada kami atau doktor syarikat kami bagi membolehkan kami menguruskan isu-isu penyakit, ketidakupayaan, atau kehilangan upaya. Di sesetengah negara, anda boleh memberikan kepada kami secara sukarela tentang maklumat bangsa, etnik, agama atau orientasi seksual anda untuk tujuan kepelbagaian dan peluang yang sama rata dan jika diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang. Kami juga mungkin dikehendaki mengumpulkan data sensitif untuk mematuhi keperluan undang-undang kami dalam bidang pekerjaan, keselamatan sosial dan undang-undang perlindungan sosial (cth., gaji lien, cukai atau nombor keselamatan sosial).

Other legitimate business purposes – We may need to use your Personal Information based on our legitimate interest as necessary to conduct investigations, defend Nike’s legal interests, exercise claims or litigation and comply with judicial or regulatory orders. We may also need to maintain disciplinary and grievance records (such as records of allegations, investigations or audits), as permitted or required by law. We process Personal Information as necessary to operate Nike’s Alertline in accordance with Nike’s Code of Ethics (“Inside the Lines”).

Tujuan perniagaan lain yang sah – Kami mungkin perlu menggunakan Maklumat Peribadi anda berdasarkan kepentingan sah kami sebagaimana diperlukan untuk menjalankan penyiasatan, mempertahankan kepentingan undang-undang Nike, melaksanakan tuntutan atau litigasi dan mematuhi perintah kehakiman atau pengawalseliaan. Kami juga mungkin perlu mengekalkan rekod tatatertib dan rungutan (seperti rekod tuduhan, penyiasatan atau audit), sebagaimana yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang. Kami memproses Maklumat Peribadi sebagaimana yang diperlukan untuk mengendalikan Alertline Nike selaras dengan Kod Etika (“Inside the Lines”) Nike.

Sources of Personal information

Sumber Maklumat Peribadi

We strive to obtain Personal Information directly from you to keep it accurate, up to date and relevant.  Collection of Personal Information may occur during the job application process, during the employee on-boarding process, or on an ad hoc basis throughout your employment.

Kami berusaha untuk mendapatkan Maklumat Peribadi secara langsung daripada anda untuk memastikan ia tepat, terkini dan relevan.  Pengumpulan Maklumat Peribadi mungkin berlaku semasa proses permohonan kerja, semasa proses orientasi pekerja, atau secara ad hoc sepanjang pekerjaan anda.

We also receive Personal Information about you from your line manager (for example, for performance or annual reviews) or from other colleagues (for example, in the context of periodic reviews, evaluations or if conducting a disciplinary investigation). From time to time, we may receive Personal Information about you from other third parties, for example clients, store partners, members of the public and regulatory bodies.

Kami juga menerima Maklumat Peribadi mengenai anda daripada pengurus anda (contohnya, untuk ulasan prestasi atau tahunan) atau daripada rakan kerja lain (contohnya, dalam konteks ulasan, penilaian berkala atau jika menjalankan penyiasatan disiplin). Dari semasa ke semasa, kami mungkin menerima Maklumat Peribadi mengenai anda daripada pihak ketiga yang lain, contohnya klien, rakan kongsi kedai, orang awam dan badan kawal selia.

Disclosures of Personal information

Pendedahan Maklumat Peribadi

We share your Personal Information with other entities of Nike for administrative purposes where required to run global processes, carry out group wide reporting, or take decisions about senior hires or promotions based on our legitimate interest to administer our HR operations. This is typically administered by our HR Direct service centers serving Asia, Europe, and the rest of the world; these are located in Singapore (Nike Trading Company B.V., Singapore Branch), the Netherlands (Nike European Operations Netherlands B.V.) and the U.S.A (Nike, Inc.) respectively.

Kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan entiti Nike yang lain bagi tujuan pentadbiran yang diperlukan untuk menjalankan proses global, menjalankan pelaporan kumpulan secara menyeluruh, atau mengambil keputusan mengenai pengambilan atau kenaikan pangkat pengurusan kanan berdasarkan kepentingan sah kami untuk mentadbir operasi Sumber Manusia kami. Ini biasanya ditadbir oleh pusat perkhidmatan HR Direct kami yang memberi perkhidmatan untuk Asia, Eropah, dan seluruh dunia; ia masing-masing berada di Singapura (Nike Trading Company B.V., Cawangan Singapura), Belanda (Nike European Operations Netherlands B.V.) dan Amerika Syarikat (Nike, Inc.).

As a global company, Nike relies on service providers and vendors that provide products and services; your Personal Information will be disclosed to these third-parties based on our legitimate interest to engage third parties where necessary for the purpose of achieving the objectives outlined above. These include accountants, law firms and legal service providers, tax or financial professionals, payroll and benefits providers, relocation companies, pension and insurance companies, human resources specialists, consultants, contractors, IT support and storage providers.  Many of our global HR service providers are located in the U.S.A. and in countries outside of your country of employment.

Sebagai sebuah syarikat global, Nike bergantung kepada penyedia perkhidmatan dan vendor yang menyediakan produk dan perkhidmatan; Maklumat Peribadi anda akan didedahkan kepada pihak ketiga ini berdasarkan kepentingan sah kami untuk melibatkan pihak ketiga apabila perlu untuk tujuan mencapai matlamat yang dinyatakan di atas. Ini termasuk akauntan, firma undang-undang dan penyedia perkhidmatan undang-undang, ahli profesional cukai atau kewangan, penyedia perkhidmatan gaji dan manfaat, syarikat penempatan semula, syarikat pencen dan insurans, pakar sumber manusia, perunding, kontraktor, sokongan IT dan penyedia perkhidmatan penyimpanan.  Banyak penyedia perkhidmatan Sumber Manusia global kami terletak di Amerika Syarikat dan di negara-negara di luar negara tempat anda bekerja.

Our third party service providers may have access to your Personal Information to perform certain functions, or may host your Personal Information as part of a “cloud based” solution used by Nike employees.  Nike uses third party service providers that provide sufficient guarantees for the protection of your Personal Information.  All vendors are to undergo Nike’s vendor risk assessment.  Nike requires third party service providers by contract to implement appropriate data security and confidentiality obligations, in accordance with applicable law.

Penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami mungkin mempunyai akses ke Maklumat Peribadi anda untuk melaksanakan fungsi tertentu, atau boleh menjadi hos Maklumat Peribadi anda sebagai sebahagian daripada solusi "cloud based" yang digunakan oleh pekerja Nike.  Nike menggunakan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang memberikan jaminan mencukupi untuk melindungi Maklumat Peribadi anda.  Semua vendor perlu menjalani penilaian risiko vendor Nike.  Nike memerlukan penyedia perkhidmatan pihak ketiga melalui kontrak untuk melaksanakan kewajipan keselamatan data dan kerahsiaan yang sesuai, selaras dengan undang-undang yang berkenaan.

Some third parties to whom we may disclose Personal Information, for instance health insurance providers and pension scheme trustees, are data controllers in their own right, and you should refer to their own privacy policies in respect of how they use your Personal Information.

Sesetengah pihak ketiga yang menerima Maklumat Peribadi yang kami dedahkan, contohnya penyedia insurans kesihatan dan pemegang amanah skim pencen, adalah pengawal data dalam hak mereka sendiri, dan anda harus merujuk dasar privasi mereka sendiri berkenaan cara mereka menggunakan Maklumat Peribadi anda.

We may be required to disclose your Personal Information to third parties in response to orders or requests from courts, regulators, government agencies, parties to a legal proceeding or public authorities, or to comply with regulatory requirements.

Kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga sebagai jawapan kepada perintah atau permintaan daripada mahkamah, pengawal selia, agensi kerajaan, pihak kepada prosiding undang-undang atau pihak berkuasa awam, atau untuk mematuhi keperluan pengawalseliaan.

Your Personal Information may also be disclosed to advisors, potential transaction partners or interested third parties in connection with the consideration, negotiation or completion of a corporate transaction or restructuring of the business or assets of any part of Nike.

Maklumat Peribadi anda juga boleh didedahkan kepada penasihat, bakal rakan transaksi atau pihak ketiga yang berminat berhubung dengan pertimbangan, rundingan atau penyelesaian transaksi korporat atau penyusunan semula perniagaan atau aset mana-mana bahagian Nike.

Cross-border Data Transfers

Pemindahan Data Merentasi Sempadan

The global nature of our business means that your Personal Information may be disclosed to Nike entities or to third party service providers or partners, located outside the country where you work. For internal administration purposes, your Personal Information will be stored on Nike servers in the United States or other databases used by Nike’s human resources departments locally or regionally. We also use backups to maintain the integrity of your Personal Information and our systems, depending on your location.

Sifat global perniagaan kami bermaksud bahawa Maklumat Peribadi anda mungkin didedahkan kepada entiti Nike atau penyedia atau rakan kongsi perkhidmatan pihak ketiga yang terletak di luar negara tempat anda bekerja. Bagi tujuan pentadbiran dalaman, Maklumat Peribadi anda akan disimpan pada pelayan Nike di Amerika Syarikat atau pangkalan data lain yang digunakan oleh jabatan sumber manusia Nike di peringkat tempatan atau serantau. Kami juga menggunakan sandaran untuk mengekalkan integriti Maklumat Peribadi anda dan sistem kami, bergantung kepada lokasi anda.

We rely on an Intra-Group Data Transfer Agreement(s) to ensure your Personal Information receives an adequate level of protection throughout the Nike entities. Subject to applicable law, we enter into data transfer agreements with our service providers or verify that our service providers are certified under appropriate data protection schemes.

Kami bergantung kepada Perjanjian Pemindahan Data Intrakumpulan untuk memastikan Maklumat Peribadi anda menerima tahap perlindungan yang mencukupi di seluruh entiti Nike. Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, kami memeterai perjanjian pemindahan data dengan penyedia perkhidmatan kami atau mengesahkan bahawa penyedia perkhidmatan kami adalah diperakui di bawah skim perlindungan data yang sesuai.

Security of Personal information

Keselamatan Maklumat Peribadi

Nike implements physical, technical and administrative security measures designed to protect your Personal Information from loss, misuse, alteration, destruction or damage. Please see Nike’s Information Security Program (“NISP”) for more information.  We make reasonable efforts to ensure the level of security is appropriate to the risk associated with the processing of Personal Information.

Nike melaksanakan langkah-langkah keselamatan fizikal, teknikal dan pentadbiran yang direka untuk melindungi Maklumat Peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahan, kemusnahan atau kerosakan. Sila lihat Program Keselamatan Maklumat (“NISP”) Nike untuk maklumat lanjut.  Kami menjalankan usaha-usaha yang munasabah untuk memastikan tahap keselamatan adalah sesuai dengan risiko yang berkaitan dengan pemprosesan Maklumat Peribadi.

We also implement access controls to ensure that access to Personal Information is limited to Nike personnel who need to have access to perform their duties. 

Kami juga melaksanakan kawalan akses untuk memastikan bahawa akses kepada Maklumat Peribadi adalah terhad kepada kakitangan Nike yang memerlukan akses untuk melaksanakan tugas mereka. 

Retention of Personal information

Penyimpanan Data Peribadi

We retain employee Personal Information for as long as is required to satisfy the purpose for which it was collected. In certain cases, legal or regulatory obligations require us to retain specific records for a designated period of time, including beyond the conclusion of your employment.  In other cases, we retain records to resolve queries or disputes that may arise from time to time and where permitted by applicable law.  For more information about Nike's data retention practices, including in respect of employee records, please refer to Nike’s Records Retention Policy.

Kami menyimpan Maklumat Peribadi pekerja selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan. Dalam kes tertentu, kewajipan undang-undang atau pengawalseliaan memerlukan kami untuk menyimpan rekod tertentu bagi tempoh masa tertentu, termasuk selepas tamatnya pekerjaan anda.  Dalam kes lain, kami menyimpan rekod untuk menyelesaikan pertanyaan atau pertikaian yang mungkin timbul dari semasa ke semasa dan sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan.  Untuk maklumat lanjut mengenai amalan penyimpanan data Nike, termasuk berkenaan rekod pekerja, sila rujuk Dasar Penyimpanan Rekod Nike.

Your Rights

Hak Anda

Depending on where you are located in the world and on applicable law, you may have certain rights with respect to your Personal Information. You may request:

Bergantung kepada lokasi anda di dunia dan undang-undang yang berkenaan, anda mungkin mempunyai hak tertentu berkenaan Maklumat Peribadi anda. Anda boleh meminta:

  • access and obtain a copy of the Personal Information we maintain about you;
  • akses dan mendapatkan satu salinan Maklumat Peribadi yang kami simpan mengenai anda;
  • correction of your Personal Information that is inaccurate, incomplete or outdated;
  • pembetulan Maklumat Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman;
  • erasure of your Personal Information in certain circumstances provided by law, such as where your Personal Information is no longer necessary for us to have it;
  • penghapusan Maklumat Peribadi anda dalam keadaan tertentu yang dibenarkan oleh undang-undang, seperti apabila Maklumat Peribadi anda tidak lagi kami perlukan;
  • restriction the use of your Personal Information in certain circumstances provided by law, such as while we consider another request that you have submitted;
  • sekatan penggunaan Maklumat Peribadi anda dalam keadaan tertentu yang dibenarkan oleh undang-undang, seperti ketika kami mempertimbangkan permintaan lain yang anda telah hantar;
  • export the Personal Information we process based on your employment contract and transmit it to another company where technically feasible;
  • mengeksport Maklumat Peribadi yang kami proses berdasarkan kontrak pekerjaan anda dan menghantarnya ke syarikat lain yang boleh dilaksanakan secara teknikal;
  • You may also have the right to object to the processing of your Personal Information on grounds relating to your particular situation and may withdraw your consent, if you have previously consented. These rights are not absolute.
  • Anda juga mempunyai hak untuk membantah pemprosesan Maklumat Peribadi anda berdasarkan alasan yang berkaitan dengan situasi tertentu dan boleh menarik balik persetujuan anda, jika anda telah memberikan persetujuan sebelum ini. Hak-hak ini tidak mutlak.

We will comply with your request to the extent required by applicable law taking into account any applicable timeframes and exceptions.

Kami akan mematuhi permintaan anda setakat yang dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan dengan mengambil kira tempoh dan pengecualian yang sesuai.

You may also consult or lodge a complaint with the supervisory authority in your country.

Anda juga boleh berunding atau membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan di negara anda.

Contact Information

Maklumat Perhubungan

If you have questions regarding this Policy or would like to exercise your rights, please contact your local HR manager. You may also contact Nike’s Privacy Office or Data Protection Officer by emailing privacy.office@nike.com.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai Dasar ini atau ingin menggunakan hak anda, sila hubungi pengurus Sumber Manusia tempatan anda. Anda juga boleh menghubungi Pejabat Privasi atau Pegawai Perlindungan Data Nike melalui e-mel di privacy.office@nike.com.

 

 

NIKE GLOBAL EMPLOYEE PRIVACY POLICY – Country Specific Addenda

DASAR PRIVASI PEKERJA GLOBAL NIKE – Tambahan Khusus Mengikut Negara

ITALIAN ADDENDUM

TAMBAHAN ITALI

Date: January 2019

Tarikh: Januari 2019

If you reside in Italy, the following additional Italian-specific provision applies to the processing of your Personal Information:

Sekiranya anda menetap di Itali, peruntukan tambahan berikut yang khusus untuk Itali diguna pakai untuk pemprosesan Maklumat Peribadi anda:

We collect and process your Personal Information through the onboarding process to set up and administer your employment relationship and to comply with the legal obligations to which we are subject. This may include, in addition to the categories of Personal Information listed under Section2.7 of the Nike Global Employee Privacy Policy:

Kami mengumpul dan memproses Maklumat Peribadi anda melalui proses orientasi untuk menubuhkan dan mentadbir hubungan pekerjaan anda dan mematuhi kewajipan undang-undang yang tertakluk kepada kami. Ini mungkin termasuk, sebagai tambahan kepada kategori-kategori Maklumat Peribadi yang disenaraikan di bawah Seksyen 2.7 Dasar Privasi Pekerja Global Nike:

  • Data relating to (i) trade union membership, to comply with the obligation we have to deduct the relevant membership fee from your salary or to allow you to enjoy the prerogatives of  trade union members; (ii) your affiliation with a political party or your religion, to meet your request(s) to be granted with specific related rights and (iii) members of your household with a specific health condition or disability status to allow you to support him or her as provided for under applicable law or the collective bargaining agreement.
  • Data yang berkaitan dengan (i) keahlian kesatuan sekerja, bagi mematuhi kewajipan kami untuk memotong yuran keahlian yang relevan daripada gaji anda atau untuk membenarkan anda menikmati prerogatif sebagai anggota kesatuan sekerja; (ii) pertalian anda dengan parti politik atau agama anda, untuk memenuhi permintaan anda agar diberikan hak-hak berkaitan yang tertentu dan (iii) ahli keluarga anda dengan keadaan kesihatan tertentu atau status ketidakupayaan untuk membolehkan anda menyokongnya seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkenaan atau perjanjian perundingan kolektif.

 

 

GERMAN ADDENDUM

TAMBAHAN JERMAN

Date: January 2019

Tarikh: Januari 2019

If you reside in Germany, the following additional German-specific provision applies to the processing of your Personal Information:

Sekiranya anda menetap di Jerman, peruntukan tambahan berikut yang khusus untuk Jerman diguna pakai untuk pemprosesan Maklumat Peribadi anda:

We collect and process your Personal Information through the onboarding process to set up and administer your employment relationship and to comply with the legal obligations to which we are subject. This includes, in addition to the categories of Personal Information listed under Section 2.7 of the Nike Global Employee Privacy Policy:

Kami mengumpul dan memproses Maklumat Peribadi anda melalui proses orientasi untuk menubuhkan dan mentadbir hubungan pekerjaan anda dan mematuhi kewajipan undang-undang yang tertakluk kepada kami. Ini mungkin termasuk, sebagai tambahan kepada kategori-kategori Maklumat Peribadi yang disenaraikan di bawah Seksyen 2.7 Dasar Privasi Pekerja Global Nike:

  • your religion to comply with the obligation to deduct and pay church taxes from your salary pursuant to statutory law.
  • agama anda, untuk mematuhi kewajipan untuk memotong dan membayar cukai gereja daripada gaji anda menurut undang-undang berkanun.

 

Agreement Type: 
Locales: 

User login