You are here

ms-GB Applicant Privacy Policy

Primary tabs

NIKE

DASAR PRIVASI PEMOHON

 

 

Terakhir Dikemaskinikan: 2023/9/5

Dasar Privasi Pemohon (“Dasar”) ini menerangkan cara Nike, Inc. dan ahli gabungannya (secara kolektif, “NIKE”, “kami” atau “kita”) mengumpulkan, memindahkan dan mengekalkan data peribadi tentang pemohon kerja (“Pemohon,” “anda”).  Sila baca dengan teliti.

 

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan data peribadi

 

Entiti yang bertanggungjawab untuk memproses data peribadi anda ialah entiti NIKE tempat anda memohon jawatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://jobs.nike.com/.

 

Dasar ini tidak terpakai kepada penggunaan laman web NIKE oleh anda, termasuk jobs.nike.com, yang dikawal oleh dasar privasi laman web NIKE dan tersedia di sini.

 

1. Jenis data peribadi yang dikumpulkan

 

Kami mengumpulkan data peribadi anda untuk mengambil langkah berkontrak yang ditentukan terlebih dahulu atas permintaan anda, bagi mematuhi kewajipan undang-undang dan melaksanakan kepentingan NIKE yang sah seperti menghantar data peribadi dalam kalangan entiti NIKE untuk tujuan pentadbiran dalaman. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang bersesuaian, kami mengumpulkan data peribadi yang berikut daripada anda berkaitan dengan permohonan kerja anda:

 

  • Maklumat yang dikumpulkan melalui borang permohonan dalam talian seperti: nama, alamat, gender, nombor telefon, alamat e-mel, nama pengguna, kata laluan, CV/Resume dan fail lain yang anda pilih untuk dimuat naik berkenaan dengan kelayakan, pengalaman kerja, sejarah pendidikan, lokasi, hak bekerja, pekerjaan terdahulu atau lain, nama dan butiran hubungan rujukan, cara anda mendapat tahu tentang kerja yang ditawarkan, sebab meninggalkan majikan terdahulu dan ketersediaan anda;
  • Maklumat yang anda berikan atau yang kami kumpulkan melalui proses pengambilan pekerja seperti: maklumat gaji, jawatan, jabatan, tarikh lahir, lokasi, kerelaan untuk ditempatkan semula, tarikh mula, sama ada jawatan atau pemohon mempunyai perjanjian yang ketat atau tidak, sama ada jawatan atau pemohon layak untuk pemindahan atau dipinjamkan, struktur pembayaran (mis., mengikut jam atau bergaji), status sepenuh masa atau sambilan, keahlian profesional, bidang kuasa, status ekspatriat, bahasa pertuturan, penilaian kelayakan, lesen atau pensijilan yang diperlukan untuk memegang jawatan.

 

Keputusan anda untuk memohon jawatan dan memberikan data peribadi anda adalah secara sukarela. Kami menyatakan dalam borang dalam talian kami jenis medan data yang wajib dilengkapkan untuk permohonan kerja anda (contohnya, nama dan pengalaman kerja anda). Kegagalan untuk memberikan maklumat ini boleh menghalang permohonan anda daripada diproses. Anda boleh mendaftar untuk menerima makluman tentang pekerjaan daripada kami dengan memberikan nama, alamat e-mel, kategori pekerjaan dan lokasi. Bagi sesetengah jawatan, kami mungkin mengumpulkan maklumat tambahan untuk menjalankan semakan latar belakang sebelum kami mengikat kontrak pekerjaan dengan calon yang berjaya. Dalam hal ini, kami akan memberikan notis khusus. Portal pengambilan pekerja kami mungkin menggunakan kuki untuk berfungsi dengan berkesan.

 

2. Jenis data peribadi khas

 

NIKE tidak memproses kategori khas data peribadi. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat keadaan yang memerlukan kami memproses data sedemikian, seperti, (i) anda telah memberikan persetujuan untuk pemprosesan data peribadi ini bagi satu atau beberapa tujuan khusus, atau (ii) pemprosesan data diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang bersesuaian. Jenis data peribadi khas ini termasuk data tentang kepercayaan agama atau falsafah seseorang, asal usul bangsa atau etnik, pendapat politik, kesihatan, kehidupan seksual atau orientasi seksual, data genetik atau biometrik, data peribadi berkenaan dengan keahlian kesatuan sekerja dan juga kelakuan atau kesalahan jenayah.  Sila elakkan daripada memuat naik maklumat sedemikian pada platform pengambilan pekerja dalam talian kami.

 

3. Tujuan pemprosesan

 

Data peribadi anda akan digunakan oleh NIKE untuk pelbagai tujuan, termasuk:

 

  • Untuk menyokong proses permohonan kerja, termasuk untuk menilai pengalaman dan kelayakan anda, menjalankan aktiviti pengurusan bakat, memaklumi anda tentang permohonan anda atau makluman kerja yang anda minta dan melengkapkan proses suai tugas jika kami menawarkan jawatan kepada anda;
  • Untuk merekodkan dan memantau jumlah pemohon pekerja, mengenal pasti sama ada anda pemohon dalam atau luar dan, dalam sesetengah keadaan, merekodkan identiti majikan terdahulu anda;
  • Untuk memberikan sokongan teknikal bagi penggunaan platform pengambilan pekerja dalam talian kami, termasuk proses mendapatkan kembali kata laluan;
  • Untuk mematuhi atau memantau kepatuhan terhadap sebarang undang-undang atau peraturan bersesuaian yang terpakai kepada NIKE; dan
  • Untuk membantu NIKE menggunakan hak undang-undang, termasuk menyokong sebarang dakwaan, pembelaan atau akuan dalam sesebuah kes atau di hadapan sebarang pihak berkuasa bidang kuasa dan/atau pentadbiran, penimbangtaraan atau panel pengantaraan.

 

NIKE mungkin juga menggunakan data peribadi anda untuk mendapatkan maklumat daripada anda, termasuk melalui tinjauan sukarela untuk membantu kami meningkatkan proses dan pengalaman pengambilan pekerja kami atau untuk menghubungi anda tentang peluang masa hadapan. Tertakluk pada undang-undang yang bersesuaian, anda berhak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan tambahan ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menggunakan hak ini, sila hubungi orang hubungan pengambilan pekerja anda di NIKE atau hantar e-mel ke privacy@nike.com.

 

4. Pendedahan data peribadi

 

NIKE mungkin menggunakan penyedia perkhidmatan (pemproses data) untuk memproses data peribadi bagi pihak kami, contohnya untuk menawarkan dan mengurus platform pengambilan pekerja dalam talian kami, menentukan hak bekerja dan manfaat kewangan anda, menyediakan perkhidmatan penempatan semula, menjalankan aktiviti pengurusan bakat atau menjalankan tinjauan bagi pihak kami. Kami mengikat kontrak dengan penyedia perkhidmatan (pemproses data) untuk memproses data peribadi anda mengikut keperluan sahaja untuk memberikan perkhidmatan bagi pihak kami dan melaksanakan langkah keselamatan data yang sewajarnya untuk melindungi data tersebut.

 

Jika anda memilih untuk log masuk pada platform pengambilan pekerja dalam talian kami menggunakan akaun pihak ketiga atau memuat naik data resume anda daripada rangkaian sosial profesional, kami boleh berkongsi maklumat dengan pihak ketiga tersebut untuk membolehkan anda memanfaatkan kefungsian ini. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan data pihak ketiga tersebut dan kami amat mengesyorkan agar anda menyemak dasar privasi mereka. 

 

Kami atau penyedia perkhidmatan kami boleh mendedahkan data peribadi apabila dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang yang bersesuaian (termasuk membenarkan akses kepada data yang sah di sisi undang-undang oleh mahkamah A.S. atau luar negara, penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa lain).

 

Pemindahan data antarabangsa

 

Data peribadi anda akan disimpan dalam pangkalan data yang digunakan oleh jabatan sumber manusia, yang merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan maklumat sumber manusia (“HRIS”) global NIKE. Data peribadi dalam HRIS dikekalkan (sama ada sebahagian besarnya atau sebagai sistem sandaran) pada pelayan oleh NIKE, Inc. di Amerika Syarikat (“A.S.”). Oleh hal yang demikian, data peribadi anda akan dipindahkan ke A.S. dan diurus dari sana.

Apabila data peribadi anda dipindahkan atau diakses dari negara lain yang tidak memiliki tahap perlindungan yang mencukupi, NIKE akan melaksanakan perlindungan yang sewajarnya untuk memastikan data peribadi anda kekal dilindungi.  Jika anda berada di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), kami menggunakan pelbagai langkah untuk memastikan data peribadi anda dilindungi dengan secukupnya mengikut peraturan perlindungan data apabila dipindahkan ke A.S. atau negara/rantau lain di luar EEA. Langkah ini termasuk menandatangani Fasal Kontrak Standard EU, mengesahkan penerima telah menggunakan Peraturan Korporat Mengikat atau mematuhi Rangka Kerja Perlindungan Privasi EU-AS dan Swiss-AS. Apabila data peribadi dipindahkan dalam Nike, kami menggunakan perjanjian pemindahan data dalam kumpulan.

 

5. Keselamatan data

 

Kami melakukan usaha yang munasabah untuk memastikan tahap keselamatan yang selaras dengan risiko pemprosesan data peribadi. Dengan mengambil kira kos pelaksanaan dan bentuk pemprosesan data, kami melaksanakan langkah teknikal dan organisasi untuk menghalang akses tanpa izin, pemusnahan, kehilangan atau penyalahgunaan data peribadi. Akses kepada data peribadi anda dikawal melalui keselamatan sistem dalam platform, sistem dan rangkaian pengambilan pekerja kami. Data peribadi anda hanya boleh diakses oleh sebilangan terhad pakar sumber manusia, kakitangan NIKE dan ejen pengambilan pekerja kami yang memerlukan akses kepada data peribadi anda untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

 

6. Pengekalan data

 

NIKE akan mengekalkan data peribadi anda selama yang diperlukan untuk melengkapkan proses permohonan dan selama yang diperlukan bagi tujuan yang ditetapkan dalam dasar ini (atau selama tempoh akaun pemohon anda kekal dibuka), melainkan tempoh pengekalan lebih lama diperlukan di bawah undang-undang yang bersesuaian. Jika anda tidak ditawarkan jawatan di NIKE, kami mungkin menghubungi anda tentang peluang masa hadapan sejajar dengan dasar ini dan minat serta kelayakan anda.

 

7. Akses dan hak lain

 

Tertakluk pada undang-undang yang bersesuaian, anda boleh meminta (i) akses kepada dan salinan data peribadi anda; (ii) pembetulan data peribadi anda jika tidak lengkap atau tidak tepat; dan (iii) pemadaman data peribadi anda dalam keadaan tertentu. Anda berhak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda atas sebab yang berkaitan dengan situasi anda yang tertentu.  Sekiranya kami telah mendapatkan persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi, anda berhak untuk menarik balik persetujuan ini pada bila-bila masa. Jika anda menarik balik persetujuan anda, kami akan menggunakan pilihan anda pada masa hadapan. Apabila kami menerima permintaan, kami mungkin meminta maklumat tambahan daripada anda untuk mengesahkan identiti anda.  Kami akan menurut permintaan anda setakat yang dikehendaki oleh undang-undang yang bersesuaian. Jika anda tidak berpuas hati dengan respons kami, anda boleh merujuk pihak berkuasa penyeliaan.

 

8. Pertanyaan

 

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang cara NIKE mengendalikan data peribadi anda atau mahu menggunakan hak anda, sila hubungi orang hubungan pengambilan pekerja anda di NIKE atau hantar e-mel kepada Pejabat Privasi kami di privacy@nike.com dengan menyertakan “Permintaan Pemohon” dalam pengepala subjek.

 

9. Perubahan pada Dasar Privasi kami

 

Undang-undang yang bersesuaian dan amalan kami berubah dari semasa ke semasa. Jika kami memutuskan untuk mengemaskinikan dasar, kami akan menyiarkan perubahan pada Laman dan/atau platform pengambilan pekerja dalam talian kami. Jika kami mengubah cara kami memproses data peribadi anda dengan ketara, kami akan memberi anda notis terdahulu atau meminta persetujuan anda sebelum melaksanakan perubahan sedemikian apabila diperlukan oleh undang-undang. Kami amat menggalakkan anda membaca dasar privasi kami dan memastikan anda mendapat maklumat terkini tentang amalan kami.

 

 

Agreement Type: 
Locales: 
UxIDs: 

User login